Saturday 18 April 2015

NAMA AHLI KUMPULAN:
HASVANI DEVI VELAUTHAM
(MC1409DC7384)
THURGASHINI GONASAGARAN
(MC1409DC7382) 

PANTUN
Definisi Pantun
Pantun adalah cabang puisi Melayu Klasik yang paling popular . Pantun menjadi popular kerana sifatnya yang ringkas serta mudah diingati atau dihafal . Seseorang boleh mencipta pantun setelah mempelajari sifat-sifatnya iaitu :

a) Terdapat dua bahagian dalam pantun iaiitu bahagian pembayang dan bahagian maksud . Bagi pantun 4 kerat , baris 1 dan 2 adalah bahagian pembayang . Manakala baris 3 dan4 adalah maksud . Begitu juga dengan pantun 6 kerat . Bahagian pembayangnya adalah pada baris 1, 2 dan 3 . Bahagian maksudnya pula adalah pada baris 4, 5 , dan 6 .
b) Rima akhirnya atau huruf di hujung baris adalah sejajar , iaitu bagi pantun empat kerat rima akhir biasanya “abab”. Untuk pantun 6 kerat biasanya rima akhirnya “abcabc”.
c) Biasanya , setiap baris mestilah mempunyai 8 hingga 12 suku kata . Jumlah suku kata yang kurang atau lebih daripada suku kata tersebut menjadikan sesebuah pantun itu kurang bermutu


No comments:

Post a Comment